Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst® (CFA®)

Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst® (CFA®)

Program Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst® (CFA®) dilancarkan pada tahun 2013 sebagai inisiatif untuk meningkatkan bilangan profesional Bumiputera bertauliah dalam sektor perkhidmatan kewangan. Ia selaras matlamat Yayasan Peneraju iaitu meningkatkan keupayaan Bumiputera untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi menerusi pendidikan dan pensijilan berkualiti.

Peneraju Tunas Potensi

Peneraju Tunas Potensi

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM , pelajar semester akhir Matrikulasi/Asasi dan pelajar tahun pertama Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Peneraju Tunas Geliga

Peneraju Tunas Geliga

Program biasiswa Peneraju Tunas Geliga terbuka kepada semua murid lepasan UPSR yang berpotensi dan dari latarbelakang yang mencabar untuk dipupuk dan dibimbing ke tahap yang lebih cemerlang. Murid mestilah mendapat sekurang-kurangnya 4A (bagi murid Semenanjung Malaysia) dan 3A (bagi murid Sabah dan Sarawak) dalam peperiksaan percubaan/peperiksaan sebenar UPSR.

Program Pensijilan Profesional Perakaunan

Program Pensijilan Profesional Perakaunan

Tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang perakaunan bertauliah dijangka mendapat permintaan besar, kira-kira dua kali ganda bekalan semasa, mencerminkan semakin pentingnya profesion ini kepada negara. Malaysia memerlukan 60,000 akauntan profesional menjelang 2020. Dalam membantu Malaysia mencapai visi ini, Yayasan Peneraju memulakan inisiatif intervensi yang proaktif.