Pendedahan Maklumat (‘Whistleblowing’)

Saluran pendedahan

Saluran pendedahan maklumat ini diwujudkan untuk memudahkan kakitangan Yayasan Peneraju, pihak berkepentingan dan orang awam untuk mendedahkan sebarang tindakan yang tidak betul (salah laku atau kesalahan jenayah) yang berlaku dalam Yayasan Peneraju. ‘Salah laku’ bermaksud sebarang tingkah laku tidak beretika, penyelewengan, perbuatan haram atau kegagalan untuk mematuhi polisi dan prosedur Yayasan Peneraju, termasuk tetapi tidak terhad kepada:-

  1. Mengambil atau memberi rasuah;
  2. Penyalahgunaan kuasa;
  3. Perbuatan atau aktiviti yang melanggar undang-undang atau peraturan pihak berkuasa seperti kecurian atau penyelewenggan, penyalahgunaan harta / aset syarikat;
  4. Sebarang perbuatan percanggahan kepentingan (conflict of interest);
  5. Pemalsuan atau pengubahan sebarang dokumen, rekod atau laporan kewangan;
  6. Pelanggaran polisi dan prosedur syarikat serta kod etika kerja; dan
  7. Tindakan yang menjejaskan kesihatan, alam sekitar dan keselamatan kakitangan syarikat atau orang awam.

Maklumat Pendedahan

Maklumat-maklumat yang perlu disertakan oleh Pemberi Maklumat (‘Whistleblower’) sewaktu pendedahan termasuklah:

  1. Nama Pemberi Maklumat;
  2. Nombor kad pengenalan / ID kakitangan (jika berkaitan) – Pemberi Maklumat;
  3. Butiran Pemberi Maklumat untuk dihubungi (contoh: nombor telefon, dan alamat e-mel); dan
  4. Butiran salah laku / insiden beserta maklumat berikut:

Orang yang terlibat / terjejas

Lokasi insiden

Apa dan bagaimana insiden berlaku

Bila insiden berlaku

Perlindungan Pemberi Maklumat 'Whistleblower'

Identiti dan maklumat peribadi Pemberi Maklumat yang diberikan akan dilindungi dan disimpan secara rahsia serta tidak akan didedahkan melainkan dikehendaki oleh prosiding undang-undang atau bagi maksud apa-apa prosiding sewajarnya jua.

Perlindungan kepada Pemberi Maklumat akan diberikan sekiranya pendedahan yang dibuat adalah benar dengan niat yang baik serta tiada unsur-unsur kepentingan peribadi.

Saluran Pendedahan Maklumat

Pendedahan boleh dibuat melalui salah satu saluran pendedahan maklumat, secara Sulit dan Terhad beserta borang ‘Whistleblowing’ sebagai lampiran seperti berikut:

Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera,
15-1, Mercu UEM, Jalan Sentral 5,
50470 KL Sentral.

Perhatian kepada:
Ketua, Jabatan Tadbir Urus, Pematuhan dan Pengurusan Risiko
Nota: Sulit dan Terhad

03-2727 9000

Perhatian kepada:
Ketua, Jabatan Tadbir Urus, Pematuhan dan Pengurusan Risiko