Yayasan Peneraju komited dalam menerapkan nilai-nilai integriti dalam tugas seharian melalui pendekatan toleransi sifar terhadap semua bentuk rasuah.
Tradisi kecemerlangan yang dikecapi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) setakat ini adalah hasil usaha dan pembudayaan nilai integriti, etika dan tadbir urus baik yang dipraktikkan secara berterusan. Komitmen terhadap nilai-nilai ini adalah asas penting dalam memastikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dan kerajaan dilaksanakan secara telus, profesional dan berintegriti.
Bismillahirahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Tradisi kecemerlangan yang dikecapi Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) setakat ini adalah hasil usaha dan pembudayaan nilai integriti, etika dan tadbir urus baik yang dipraktikkan secara berterusan. Komitmen terhadap nilai-nilai ini adalah asas penting dalam memastikan amanah dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat dan kerajaan dilaksanakan secara telus, profesional dan berintegriti.
Dunia kini berdepan dengan cabaran yang semakin kompleks dan tidak menentu, khususnya dalam era pasca COVID-19. Keseluruhan aspek nilai rantaian bidang pendidikan dan pembangunan bakat Bumiputera perlu beradaptasi dan disesuaikan mengikut norma yang baharu. Namun begitu, sebagai agen pencetus peningkatan keupayaan dan perubahan minda Bumiputera berdaya saing, Yayasan Peneraju meneruskan iltizam memperkukuhkan aset integriti yang sedia ada.
Justeru, Yayasan Peneraju menjemput penerima faedah, rakan program, rakan kerjasama, penyumbang dana dan pemegang taruh Yayasan Peneraju untuk bersama-sama memainkan peranan aktif dalam pembentukan ekosistem pembangunan bakat Bumiputera yang bermaruah. Bersama-sama kita mendokong amanah telah diberikan dan meneruskan usaha membangunkan bakat Bumiputera secara beretika dan berintegriti.
#integritystartsfromyou
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Kol. Bersekutu (PA) Ts. Mohd Muzzammil Ismail
Ketua Pegawai Eksekutif
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera
Jabatan Perdana Menteri
Tingkat 15-1,Mercu UEM Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470, Kuala Lumpur.
Talian am: +603-2727 9000
Emel: info@yayasanpeneraju.com.my