Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.
Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.

Visi
Pemangkin kepada peningkatan keupayaan Bumiputera dan perubahan minda ke arah mewujudkan komuniti yang berdaya saing di peringkat global.
Misi
Menyediakan peluang pendidikan berkualiti kepada Bumiputera
Memupuk dan membangun bakat Bumiputera ke tahap tertinggi
Mewujudkan jalinan kerjasama dengan pihak berkepentingan bagi mencapai agenda Bumiputera
Menyediakan peluang pensijilan antarabangsa ke arah kerjaya berpendapatan tinggi
Mentransformasi keupayaan Bumiputera ke arah menjana pekerjaan berpendapatan tinggi
Pendekatan Kami
Memahami cabaran-cabaran kehendak industri, program-program yang kami jalankan tidak hanya memfokus kepada kompetensi teknikal sahaja malah ‘soft skills’ juga. Pendekatan ini dinamakan ‘Nurture & Develop‘ atau ‘Memupuk & Membangun‘. Pendekatan ini sebagai salah satu daripada janji jenama kami, kami yakin yang pemegang biasiswa kami akan menjadi holistik.