Tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang perakaunan bertauliah dijangka mendapat permintaan besar, kira-kira dua kali ganda bekalan semasa, mencerminkan semakin pentingnya profesion ini kepada negara. Malaysia memerlukan 60,000 akauntan profesional menjelang 2030. Dalam membantu Malaysia mencapai visi ini, Yayasan Peneraju memulakan inisiatif intervensi yang proaktif.
Sejak penubuhan pada tahun 2012, Yayasan Peneraju telah menawarkan pelbagai program pembiayaan bagi bidang perakaunan (pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa) yang disesuaikan dengan tahap kemasukan calon dari lepasan SPM sehingga golongan profesional yang sedang dan tidak bekerja. Sasaran program-program ini adalah untuk menyokong akauntan profesional yang berpengalaman menerusi pensijilan asas perakaunan profesional seperti CAT dan CFAB dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA.
Bagi meneruskan usaha meningkatkan jumlah akauntan Bumiputera yang bertauliah, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan 3 program pembiayaan skema terbaru iaitu pembiayaan tambahan atau ‘top-up’ kepada calon yang mendaftar untuk pengajian pensijilan profesional secara sepenuh masa atau separuh masa.
Lepasan SPM/O-Level atau setaraf berumur 18-21 tahun
CAT / CFAB
Perakaunan Asas
(Pembiayaan Separa*)
INTEC Education College
Sentral College Penang
Sunway College Kuching
Sunway TES CAE
UiTM
UOW Malaysia KDU College
Lepasan Diploma/CAT berumur 19 – 22 tahun
ACCA
Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA)
UOW Malaysia KDU College
Lepasan Ijazah Sarjana Muda berumur 25 tahun ke bawah
ACCA
Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA)
Sunway TES
Lepasan Diploma / CAT / CFAB / STPM / Matrikulasi atau setaraf berumur 19 – 23 tahun
ACCA / ICAEW / CPA Australia
Perakaunan – Undergraduates
(Pembiayaan Separa*)
INTEC Education College
Sentral College Penang
Sunway College Kuching
Sunway TES CAE
UiTM
UOW Malaysia KDU College
UNIRAZAK
Lepasan Ijazah Sarjana Muda berumur 21 – 28 tahun dengan pengalaman bekerja kurang dari 3 tahun
ACCA / CIMA / CPA Australia / ICAEW / MICPA
Perakaunan – Graduates
(Pembiayaan Separa*)
INTEC Education College
Sentral College Penang
Sunway College Kuching
Sunway TES CAE
UiTM
UOW Malaysia KDU College
UNIRAZAK
Taylor’s
NOESIS
Golongan Bekerja/Tidak Bekerja berumur 21 – 45 tahun dengan pengalaman bekerja lebih dari 3 tahun
ACCA / CIMA / CPA Australia / ICAEW / MICPA
Perakaunan
–Working/Non Working Adults
(Pembiayaan Separa*)
NOESIS
Sentral College Penang
Sunway College Kuching
Sunway TES CAE
UiTM
UOW Malaysia KDU College
UNIRAZAK
Taylor’s
Nota penting: Program-program di atas akan dijalankan sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris.
Jenis & Skop Pembiayaan
Pembiayaan Penuh*:
- Yuran Pengajian
- Yuran Badan Profesional
- Yuran Peperiksaan
- Program Pemupukan & Pembangunan
- Elaun Bulanan
- Penginapan
Pembiayaan Separa*:
- Yuran Pengajian/Latihan.
- 100% Yuran Badan Profesional.
- 100% Yuran Peperiksaan.
Untuk sebarang pertanyaan/aduan mengenai program pembiayaan atau permohonan, sila hubungi rakan program kami yang berkaitan secara terus di nombor berikut:
Program-program Pembiayaan Penuh
- Sunway TES : 018-2613779 (En Rafiq)
- UOW Malaysia KDU College: 018-872 4298 / (wa.me/60188724298) / pac@kdu.edu.my
- Sentral College Penang : 016-4613123 (Ms Jocelyn) / jocelyn@sentral.edu.my
Program-program Pembiayaan Separa
- Metropolitan Corridor: 03-5613 6288/ 7988 atau acctopup@metropolitancorridor.com