Peneraju Profesional Financial Risk Manager (FRM®)

Peneraju Profesional Financial Risk Manager (FRM®)

Program Peneraju Profesional Financial Risk Manager (FRM®) dilancarkan pada tahun 2017 sebagai inisiatif untuk meningkatkan bilangan profesional Bumiputera bertauliah dalam sektor perkhidmatan kewangan. Ia selaras matlamat Yayasan Peneraju iaitu meningkatkan keupayaan Bumiputera untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi menerusi pendidikan dan pensijilan berkualiti.