Peneraju Profesional Financial Risk Manager (FRM®)

Program Peneraju Profesional Financial Risk Manager (FRM®) dilancarkan pada tahun 2017 sebagai inisiatif untuk meningkatkan bilangan profesional Bumiputera bertauliah dalam sektor perkhidmatan kewangan. Ia selaras matlamat Yayasan Peneraju iaitu meningkatkan keupayaan Bumiputera untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi menerusi pendidikan dan pensijilan berkualiti.

Butiran Program:

  • Tempoh Program: 2 tahun 6 Bulan (Kelas dijalankan pada hujung minggu secara separuh masa)
  • Penyedia Latihan: Malvern International Academy, Kuala Lumpur
  • Pengambilan: November 2020
Nota penting: Program ini akan dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 21 September 2020. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi rakan program kami secara terus, Efficient Frontier Consulting (EFC) di 03-80808646 / 018-2064684 atau e-mel ke penerajufrm2020@gmail.com