Peneraju Spesialis

Program Peneraju Spesialis yang julung kali diadakan akan ditawarkan kepada pegawai perubatan Bumiputera berumur tidak lebih daripada 45 tahun yang ingin memperolehi pensijilan Membership of the Royal College of Physicians (MRCP). Permohonan pembiayaan adalah terbuka dan juga kepada pegawai perubatan yang telah mendaftar di bawah KKM untuk mengikuti program “Parallel Pathway”. Pensijilan MRCP melalui “Parallel Pathway” ini, pegawai perubatan tersebut boleh meneruskan pewartaan sebagai doktor pakar dalam bidang-bidang kepakaran termasuk Perubatan Dalaman di Malaysia.

Peneraju Spesialis bertujuan untuk:

  • Meningkatkan akses pembiayaan untuk pensijilan pakar perubatan dan pergigian.
  • Meningkatkan kapasiti golongan Bumiputera sebagai tenaga kerja berkemahiran tinggi dan berkepakaran.
  • Meningkatkan bilangan golongan pakar di kalangan Bumiputera di Malaysia.
  • Meningkatkan bilangan Bumiputera dalam golongan berpendapatan tinggi.

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan

Membership of the Royal College of Physicians of the United Kingdom (MRCPUK) ATAU Membership of the Royal College of Physicians of the Ireland (MRCPI)

Bidang

Medical Specialist

Pengurus Program

Efficient Frontier Consulting Sdn. Bhd. (EFC)

Pengambilan

2022 – 2024 

Tempoh Program

3 – 5 tahun (bergantung kepada peringkat kemasukan)

Mod Program

Separuh Masa

Skim Pembiayaan

Pembiayaan Separa

Skop pembiayaan
  • Bayaran bantuan sekali beri sebanyak RM1500
  • 100 % Yuran Kursus Pensijilan (pembayaran semula)
  • 100% untuk Yuran Badan Profesional dan Peperiksaan (pembayaran semula)
Tarikh Tutup Permohonan

15 Julai 2022

Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pengurus program kami, Efficient Frontier Consulting (EFC) secara terus di 03-8080 8646 (Puan Seri) dari 9:00 pagi – 4:00 petang (Isnin – Jumaat)

*Tertakluk kepada terma & syarat