Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM/Asasi/Matrikulasi/Diploma dan pelajar tahun pertama Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Pengumuman: Tiada pengambilan baru untuk tahun ini kerana telah mencapai kuota.