Peneraju Skil Data Engineer

Peneraju Skil Data Engineer

Bagi memenuhi permintaan tenaga profesional bidang Big Data di Malaysia, PEOPLElogy dengan kerjasama Yayasan Peneraju telah memperkenalkan Program Kursus Analisis Big Data & Pembangunan Modal Insan bertujuan memberi peluang kepada bakat muda Bumiputera untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan mereka. Bidang Big Data merupakan antara tiga trend utama yang memberi kesan kepada industri pekerjaan di Asia Tenggara. Menjelang 2018, dijangka lebih 50% organisasi akan bersaing menggunakan analisis termaju.

Peneraju Profesional Financial Risk Manager (FRM®)

Peneraju Profesional Financial Risk Manager (FRM®)

Program Peneraju Profesional Financial Risk Manager (FRM®) dilancarkan pada tahun 2017 sebagai inisiatif untuk meningkatkan bilangan profesional Bumiputera bertauliah dalam sektor perkhidmatan kewangan. Ia selaras matlamat Yayasan Peneraju iaitu meningkatkan keupayaan Bumiputera untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi menerusi pendidikan dan pensijilan berkualiti.

Peneraju Skil Dana TVET

Peneraju Skil Dana TVET

Program pembiayaan sekali beri ini ditawarkan sebagai bantuan awal pengajian dan persediaan kepada belia Warganegara Malaysia dan Bumiputera yang sedang melanjutkan pengajian ke peringkat Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) / Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) / Diploma Kemahiran Lanjutan Malaysia (DKLM) di Institut Latihan Awam (ILA) terpilih.

Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst® (CFA®)

Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst® (CFA®)

Program Peneraju Profesional Chartered Financial Analyst® (CFA®) dilancarkan pada tahun 2013 sebagai inisiatif untuk meningkatkan bilangan profesional Bumiputera bertauliah dalam sektor perkhidmatan kewangan. Ia selaras matlamat Yayasan Peneraju iaitu meningkatkan keupayaan Bumiputera untuk mendapatkan pekerjaan berpendapatan tinggi menerusi pendidikan dan pensijilan berkualiti.

Peneraju Tunas Potensi

Peneraju Tunas Potensi

Program ini merupakan satu program pembiayaan pendidikan untuk pelajar lepasan SPM/STPM , pelajar semester akhir Matrikulasi/Asasi dan pelajar tahun pertama Diploma/Ijazah Sarjana Muda yang berpotensi, berpendapatan isirumah rendah dari latar belakang yang mencabar bagi mendapatkan pendidikan tertiari berkualiti. Tawaran program pembiayaan pendidikan ini terbuka kepada semua Bumiputera Malaysia yang mempunyai prestasi serta berminat untuk melanjutkan pengajian mereka ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).