
Peneraju Skil
Program pembiayaan kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal dengan pensijilan diiktiraf industri atau antarabangsa. Program ini mempunyai dua segmen iaitu Peneraju Skil Iltizam (pelajar tidak cenderung akademik) dan Peneraju Skil (pekerja mahir) yang meliputi pelbagai industri.

Peneraju Profesional
Program pembiayaan pensijilan profesional dan program spesialis untuk peningkatan kepakaran dalam bidang-bidang profesional seperti perakaunan, kewangan, teknologi maklumat dan lain-lain.