Bagi menyahut usaha pelan Skills Malaysia 2.0, Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera sedang mengambil langkah untuk meningkatkan penglibatan bumiputera dalam industri automasi, robotik dan analisis data. Program latihan khusus oleh pakar industri bagi golongan sasar bumiputera akan memberi impak positif terhadap hala tuju negara untuk mencapai taraf negara maju.
Program Peneraju Skil System Integration in Automation & Robotics akan menjadi platform kepada para graduan dalam bidang teknologi maklumat, kejuruteraan dan elektronik yang berumur dari 23 hingga 40 tahun untuk mendapat latihan yang disasarkan selaras dengan permintaan terkini dalam bidang automasi dan robotik.