Program Peneraju Skil Automotive Industry Certification Engineering Digital Engineering Prototyping (AICE-DEP) adalah sebagai salah satu inisiatif bagi menambah penglibatan Bumiputera khususnya graduan kejuruteraan untuk memiliki pensijilan dalam bidang automotif teknologi yang diiktiraf di peringkat industri dalam Malaysia. Penerima faedah akan mendapat latihan skil dan pengetahuan dalam bidang automotif teknologi seterusnya menjadi seorang jurutera yang lebih kompeten.
Butiran Program
Automotive Industry Certification Engineering Digital Engineering Prototyping (AICE-DEP) oleh MARii
Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii), Cyberjaya
April, Jun, Ogos, Oktober & Disember
1 tahun 6 bulan (22 hari Latihan teori & praktikal + 5 bulan OJT + 1 tahun pemantauan pekerjaan)
Sepenuh Masa
Pembiayaan Penuh*
*Tertakluk kepada terma & syarat
- Yuran Latihan & Peperiksaan
- Elaun
- Insurans
- Bumiputera Warganegara Malaysia
- Lelaki dan perempuan berumur 23 – 27 tahun
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan atau berkaitan dengan CGPA sekurang-kurangnya 2.70
- Tiada rekod jenayah dan sihat tubuh badan
Untuk membuat permohonan dan pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MARii secara terus di 017-9052824 (En Tengku Ariffudin) / 011-23231664 (En Mustaqim) atau e-mel ke tengku@marii.my / mustaqim@marii.my