Chargeman L1

Program Peneraju Skil Chargeman L1ini mensasarkan golongan tenaga kerja Bumiputera mahir dalam sektor sistem kuasa elektrik dan seangkatan dengannya yang berpengalaman sekurang – kurangnya 3tahun pengalaman kerja dalam bidang elektrik. Objektif program ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah Bumiputera yang memiliki pensijilan kemahiran tinggi yang diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya merealisasi bilangan pekerja berkemahiran tinggi yang disasarkan oleh negara.

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan
  1. Certificate of Competency as Chargeman L1
  2. Certificate of Completion
  3. Basic First Aid Course
Rakan Program & Penyedia Latihan

Mutiara Technology Centre Sdn Bhd

Pengambilan

Sepanjang tahun

Tempoh Program

6 bulan latihan dan 6 bulan penempatan pekerjaan

Mod Program

Separuh Masa

Jenis Pembiayaan

Pembiayaan Penuh*

*Tertakluk kepada terma & syarat

Skop pembiayaan
  • Yuran latihan, peperiksaan dan pensijilan
  • Insuran
  • Penginapan
  • Pengangkutan
  • Makan & minum
Syarat-syarat Kelayakan
  • Bumiputera
  • Berumur 45 tahun ke bawah
  • Mempunyai 3 tahun pengalaman bekerja yang disahkan, mempunyai kompeten mengenai persekitaran terhadap peralatan elektrik yang sedang beroperasi dan mempunyai pengalaman mengawal peralatan
Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungii pihak Mutiara Technology di talian 082-445989​, atau emel ke admin@mtechcentre.com​