Chargeman L1

Program Peneraju Skil Chargeman L1ini mensasarkan golongan tenaga kerja Bumiputera mahir dalam sektor sistem kuasa elektrik dan seangkatan dengannya yang berpengalaman sekurang – kurangnya 3tahun pengalaman kerja dalam bidang elektrik. Objektif program ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah Bumiputera yang memiliki pensijilan kemahiran tinggi yang diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya merealisasi bilangan pekerja berkemahiran tinggi yang disasarkan oleh negara.

LINK Graduate Enhancement – Employment Proficiency (Aerocomposites Manufacturing)

Program Peneraju Skil LINK GE-EP (Graduate Enhancement – Employment Proficiency) merupakan program kolaborasi diantara pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan CTRM Aero Composites Sdn Bhd. Program ini menggabungkan elemen Graduate Enhancement Programme (GEP) dan Employee Proficiency Programme (EPP) ke dalam satu program yang berstruktur bagi membangunkan bakat Bumiputera di Malaysia dalam bidang aerokomposit. Di akhir program GEP, penerima faedah akan diserap masuk sebagai pembantu juruteknik atau juruteknik aerokomposit di CTRM dan akan menerima tiga (3) bulan Latihan EPP bagi menaik taraf kemahiran mereka dan menjadi tenaga kerja yang lebih berketerampilan.

Link Perantis Iskandar (AI & Industrial Automation)

AI & Industrial Automation merupakan sebuah program selama empat (4) bulan yang merangkumi dua fasa iaitu program latihan intensif oleh Authorised Training Provider selama satu (1) bulan diikuti dengan tiga (3) bulan latihan industri bersama Imagine AI Sdn. Bhd. Dalam masa empat (4) bulan sepanjang program ini, perantis akan menjalani kaedah pembelajaran secara Functional knowledge training, hands on training, dan on the job training. Perantis juga akan dibekalkan dengan modul latihan seperti Computer Vision Programming, Industrial Automation Programming, Web design and Applications, Mobile Applications & Game Development (AI).

Fiber Optic Network Installer

Fiber Optic Network Installer merupakan inisiatif untuk memberi nilai tambah kepada graduan Bumiputera untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan asas insani bagi membolehkan mereka berkecimpung dalam dunia pekerjaan yang lebih luas dalam bidang telekomunikasi khususnya berkaitan kabel fiber optik. Kursus ini merangkumi komponen teori dan amali, di mana 60% masa yang diperuntukkan adalah aktiviti pratikal secara…