Peneraju Tunas BRIDGE Karisma Cambridge English & Digital Marketing

Program Peneraju Tunas BRIDGE Karisma Cambridge English and Digital Marketing ialah program yang ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau setara. Program ini akan dijalankan secara berkala selama 2 tahun mengikut ketetapan tanpa pertindihan penjadualan kuliah. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menjalani program pensijilan Cambridge English, program pemerkasaan kemahiran digital ICDL dan Microsoft Office serta kemahiran insaniah yang bersesuaian melalui penyampaian berbentuk kem latihan (boot camp) dan atas talian secara berjadual. Kos kem latihan (boot camp) seperti pengangkutan, penginapan dan makan minum akan ditanggung oleh pihak Yayasan Peneraju

Pensijilan yang Ditawarkan: 

  • Cambridge English
  • Digital Marketing ICDL

Rakan Program:
Metropolitan Corridor Sdn Bhd

Pengambilan:
2024

Tempoh Program:
2 tahun secara berkala (4 kem latihan (2 kem latihan setahun))

Jenis Pembiayaan:
Pembiayaan Penuh

Skop Pembiayaan:

  • Yuran latihan, peperiksaan dan pensijilan
  • Elaun
  • Yuran bengkel (Workshop fees)
  • Pengangkutan
  • Program Pemupukan & Pembangunan

Syarat-syarat Kelayakan: 

  • Bumiputera Malaysia
  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang dari IPTA/IPTS yang diiktiraf
  • Pelajar Ijazah Sarjana Muda Tahun 2 atau Tahun 3 dengan PNGK minimum 2.75 atau setara dengannya

Tarikh Tutup Permohonan:
21 April 2024

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Metropolitan Corridor di 03-56136288 atau e-mel ke tunasbk@metropolitancorridor.com