6G Fluxcore Arc Welding

Program ini disasarkan untuk tenaga muda Bumiputera yang berumur 21 – 45 tahun yang mempunyai kelayakan minimum dalam SKM3 dalam bidang Teknologi Fabrikasi atau yang berkaitan, termasuk individu yang diberhentikan kerja atau mempunyai pengalaman mengimpal selama 2 tahun dalam bidang kimpalan.

Selepas menamatkan latihan, peserta program akan ditempatkan dalam industri bagi menjalani fasa pekerjaan. Program ini dapat memberi peluang berpendapatan tinggi kepada Bumiputera dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri melalui latihan amali dalam 6G Fluxcore Arc Welding dan menambahkan kebolehpasaran mereka di industri.

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan
Rakan Program & Penyedia Latihan

Invictus Skill Training Academy

Pengambilan

Sepanjang Tahun

Tempoh Program

4 minggu latihan teknikal dan 6 bulan penempatan pekerjaan

Mod Program

Sepenuh Masa

Skim Pembiayaan

Pembiayaan Penuh

Skop pembiayaan
  • Yuran latihan, bahan-bahan latihan, peperiksaan dan pensijilan
  • Program Pemupukan & Pembangunan
  • Makan dan Minuman (semasa Latihan)
  • Elaun
  • Insurans (semasa Latihan)
  • Penginapan
  • Pengangkutan (bagi tujuan sesi latihan)
Syarat-syarat Kelayakan
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia
  2. Berumur 21 sehingga 45 tahun
  3. Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 ATAU
  4. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang kimpalan selama 2 tahun dan ke atas
Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi Invictus Skill Training Academy secara terus di 010-4075800 (Adirra) / 014-604 3561 (Jazli)

*Tertakluk kepada terma & syarat