Link Perantis Iskandar (AI & Industrial Automation)

AI & Industrial Automation merupakan sebuah program selama empat (4) bulan yang merangkumi dua fasa iaitu program latihan intensif oleh Authorised Training Provider selama satu (1)  bulan diikuti dengan tiga (3) bulan latihan industri bersama Imagine AI Sdn. Bhd. Dalam masa empat (4) bulan sepanjang program ini, perantis akan menjalani kaedah pembelajaran secara Functional knowledge training, hands on training, dan on the job training. Perantis juga akan dibekalkan dengan modul latihan seperti Computer Vision Programming, Industrial Automation Programming, Web design and Applications, Mobile Applications & Game Development (AI).

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan

Certificate of Completion

Rakan Program & Penyedia Latihan

EduCity Iskandar Malaysia

Pengambilan

Julai 2023

Tempoh Program

1 tahun 6 bulan (22 hari Latihan teori & praktikal + 5 bulan OJT + 1 tahun pemantauan pekerjaan)

Mod Program

Sepenuh Masa

Jenis Pembiayaan

Pembiayaan Penuh*

*Tertakluk kepada terma & syarat

Skop pembiayaan
  • Yuran Latihan & Pensijilan
  • Elaun Bulanan
Syarat-syarat Kelayakan
  1. Warganegara Malaysia & Bumiputera berusia 18 – 35 tahun
  2. Tidak bekerja
  3. Mempunyai kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda dalam Sains Komputer / Kejuruteraan / Maklumat atau kursus lain yang berkaitan.
Permohonan

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume kepada Puan Hawa Selamat dan/atau Cik Syamina Aina di alamat email: hawa@my-iib.com dan/atau nursyamina@my-iib.com.