Peneraju Skil Data Engineer

Bagi memenuhi permintaan tenaga profesional bidang Big Data di Malaysia, PEOPLElogy dengan kerjasama Yayasan Peneraju telah memperkenalkan Program Kursus Analisis Big Data & Pembangunan Modal Insan bertujuan memberi peluang kepada bakat muda Bumiputera untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan mereka. Bidang Big Data merupakan antara tiga trend utama yang memberi kesan kepada industri pekerjaan di Asia Tenggara. Menjelang 2018, dijangka lebih 50% organisasi akan bersaing menggunakan analisis termaju.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan matlamat Yayasan Peneraju iaitu meningkatkan keupayaan Bumiputera ke arah pekerjaan berpendapatan tinggi melalui pendidikan dan pensijilan yang diiktiraf dan berkualiti.

Peneraju Skil Data Engineer

Butiran Program:

  • Tempoh Program: Kursus selama 2 bulan serta satu tahun pemantauan dan bimbingan pekerjaan. (Kelas dijalankan pada hujung minggu secara separuh masa)
  • Penyedia Latihan: PEOPLElogy Training Center, The Boulevard Office, Mid Valley City, Kuala Lumpur.
  • Pengambilan: Jun, September & Oktober 2020
  • Nota Penting: Program ini dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan Bahasa Inggeris.

Program tajaan ini menyediakan platform kepada peserta untuk menimba pengetahuan dan mengasah bakat menjadi Data Engineer dan sebagai persiapan untuk menjadi Profesional Data Scientist.  Selepas tamat kursus, para peserta akan didedahkan dengan semua komponen Big Data yang relevan. Para peserta juga akan dapat melakukan analisis data, mengurus data yang kompleks, membangun aplikasi, dan membuat visualisasi ke atas data.

Modul Kursus:

  • ADA (APPLIED DATA ANALYTICS)
  • PYTHON
  • ADE (APPLIED DATA ENGINEERING)

Tarikh Tutup : 18 October 2020

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 011-26192685 atau e-mel ke lindsay.lau@newhorizons-malaysia.com (Lindsay)