Peneraju Skil Dynamic Positioning Officer (DPO)

Program pembiayaan terbaru ini dibuat khusus untuk Pelaut yang memegang Sijil Kekompetenan (Deck) Kelas 1, atau 2 yang dikeluarkan oleh Jabatan Laut Malaysia. Matlamat Program ini adalah seiring dengan sasaran yang terdapat di dalam Malaysia Shipping Master Plan 2017 – 2022 oleh Kementerian Pengangkutan dalam mengurangkan kebergantungan kepada pelaut asing untuk kapal-kapal yang didaftarkan di Malaysia. Program ini merangkumi 10 hari kelas teknikal di NMUC, 4 ke 6 bulan untuk latihan sambil bekerja di atas kapal selepas Basic Training dan Advanced Training. Di akhir program ini, para peserta akan menduduki ujian bagi memperoleh Certificate of Completion untuk kursus asas dan lanjutan untuk melayakkan para peserta mengendalikan sistem Dynamic Positioning System di atas kapal.

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan

Certificate of Completion Full License as Dynamic Positioning Operator
Certificate of completion DP Induction [Basic]
Certificate of completion DP Simulator [Advanced]

Rakan Program & Penyedia Latihan

Technology Depository Agency Berhad (TDA Berhad)

Netherlands Maritime University College (NMUC), Johor Bahru. Johor. (Dahulu dikenali sebagai Netherlands Maritime Institute of Technology – NMIT)

Pengambilan

Jun, Julai & Ogos 2021

Tempoh Program

13 – 15 bulan

  • Bahagian 1: 5 hari Kursus Asas Dynamic Positioning
  • Bahagian 2: 60 hari Dynamic Positioning Sea time
  • Bahagian 3: 5 hari Kursus Advanced Dynamic Positioning
  • Bahagian 4: 60 hari Dynamic Positioning Sea time
Mod Program

Sepenuh Masa

Jenis & Skop Pembiayaan:

Tajaan sehingga 90% kos program* (yuran latihan + pensijilan)

*Tertakluk kepada terma & syarat

Syarat-syarat Kelayakan
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 21 – 40 tahun

  2. Sihat tubuh badan

  3. Pengalaman bekerja minima selama 3 tahun di industri yang berkaitan (Individu yang kehilangan perkerjaan juga boleh memohon)

  4. Pemegang Sijil Kekompetanan Kelas 1 atau 2 (Deck)

Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak NMUC secara terus di 07-2182118/011-16677905 (Cik Hanna) atau e-mel ke hanna@nmuc.edu.my

*Tertakluk kepada terma & syarat