Program Peneraju Skil LINK GE-EP (Graduate Enhancement – Employment Proficiency) merupakan program kolaborasi diantara pihak Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera dan CTRM Aero Composites Sdn Bhd. Program ini menggabungkan elemen Graduate Enhancement Programme (GEP) dan Employee Proficiency Programme (EPP) ke dalam satu program yang berstruktur bagi membangunkan bakat Bumiputera di Malaysia dalam bidang aerokomposit. Di akhir program GEP, penerima faedah akan diserap masuk sebagai pembantu juruteknik atau juruteknik aerokomposit di CTRM dan akan menerima tiga (3) bulan Latihan EPP bagi menaik taraf kemahiran mereka dan menjadi tenaga kerja yang lebih berketerampilan.
Butiran Program
Professional Certificate Aerocomposites Manufacturing
CTRM Aero Composites Sdn Bhd
Ogos & September 2023
Sepenuh Masa (Makanan dan tempat tinggal disediakan)
Pembiayaan Penuh
(Nota: Penerima faedah yang berjaya menamatkan program GEP selama enam (6) bulan akan diserap sebagai tenaga kerja CTRM AC bergantung kepada prestasi sewaktu program)
- Yuran pengajian dan pensijilan
- Elaun bulanan
- Penginapan
- Makanan dan minuman
Bumiputera Malaysia
Berumur diantara 18-26 tahun
Mempunyai sekurang-kurangya Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 (SKM 2) atau Diploma dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal,
Elektrikal, Elektronik atau dalam bidang-bidang lain yang berkaitan program latihan dan setaraf dengannya.Melepasi ujian pemeriksaan kesihatan termasuk penglihatan dan tubuh badan.
Mempunyai lesen memandu (digalakkan)
Lengkap dua (2) dos vaksinasi COVID-19.
- Puan Adilah (adilah.ismail@ctrm.com.my, No.Telefon: 06-3171007 Ext: 1201)
- Puan Intan (intan.rahman@ctrm.com.my, No.Telefon: 06-3171007 Ext: 1970)
- Encik Adam (amierul.hazdi@ctrm.com.my, No.Telefon: 06-3171007 Ext: 1217)
- Link permohonan:
https://m5.gs/ekJoSF
Apprenticeship: Graduate Enhancement Programme (GEP)