Program ini bertujuan untuk melahirkan pelatih yang berkemahiran dalam bidang pengaturcaraan dan operasi robot. Peserta akan didedahkan dengan kemahiran untuk merancang, merekabentuk dan menjalankan pelbagai latihan berasaskan sistem robot sebenar.
Butiran Program
Pensijilan yang ditawarkan
Certificate of Achievement with FANUC Authorized Training Centre.
Rakan Program & Penyedia Latihan
Kulim Advanced Technologies (KAT), Kulim Hi-Tech Park, Kedah
Pengambilan
Julai, September 2022 dan Januari, Mei, Julai & September 2023
Tempoh Program
1 tahun 6 bulan (22 hari Latihan teori & praktikal + 5 bulan OJT + 1 tahun pemantauan pekerjaan)
Mod Program
Sepenuh Masa
Jenis Pembiayaan
Pembiayaan Penuh*
*Tertakluk kepada terma & syarat
Skop pembiayaan
- Yuran Latihan & Pensijilan
- Elaun Bulanan
- Makan & Minum
- Insurans
- Penempatan Pekerjaan
Syarat-syarat Kelayakan
- Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 18 – 25 tahun
- Kelayakan tertinggi SPM & tidak memiliki apa-apa sijil Diploma/Ijazah
- Boleh menulis, mengira & membaca
- Sihat tubuh badan serta bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol
- Tiada rekod jenayah
Permohonan
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak KAT secara terus di 019-2411633 atau 019-2791633