Program Peneraju Skil Automotive Industry Certification Engineering Digital Engineering Prototyping (AICE-DEP) adalah sebagai salah satu inisiatif bagi menambah penglibatan Bumiputera khususnya graduan kejuruteraan untuk memiliki pensijilan dalam bidang automotif teknologi yang diiktiraf di peringkat industri dalam Malaysia. Penerima faedah akan mendapat latihan skil dan pengetahuan dalam bidang automotif teknologi seterusnya menjadi seorang jurutera yang lebih kompeten.
Butiran Program
Pensijilan yang ditawarkan
Automotive Industry Certification Engineering – Digital Engineering Prototyping (AICE-DEP)
Rakan Program & Penyedia Latihan
Malaysia Automotive, Robotics and Iot Institute (MARii)
Pengambilan
Ogos, Oktober & November 2023
Tempoh Program
6 bulan latihan dan 12 bulan penempatan pekerjaan
Mod Program
Sepenuh Masa
Jenis Pembiayaan
Pembiayaan Penuh
Skop pembiayaan
- Yuran latihan, peperiksaan dan pensijilan
- Elaun
- Insurans
Syarat-syarat Kelayakan
- Bumiputera
- Lelaki dan wanita berumur 23-27 tahun
- Tiada rekod jenayah dan mempunyai tubuh badan yang sihat
- Graduan dalam bidang Kejuruteraan atau bidang yang berkaitan dengan CGPA min. 2.70 (tahun 2021 dan ke atas)
Permohonan
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MARii di talian 011-23231664 / mustaqim@marii.my