Program ini direka khusus untuk membantu pelatih memperoleh kebolehan membaca dan memahami pelan tindakan serta konsep toleransi dan dimensi geometri (GD&T). Selain itu, Pelatih dapat membangunkan dan mengoptimumkan program mesin CNC menggunakan perisian CAM lanjutan, serta menyelesaikan masalah dalam kerja-kerja pembuatan.
Butiran Program
Pensijilan yang ditawarkan
ARS, SIEMENS & Hitachi
Pengurus Program & Penyedia Latihan
Federation of Malaysia Skills Development Centre (FMSDC) & Johor Skills Development Centre (Johor Skills)
Pengambilan
Pengambilan sepanjang tahun 2024
Tarikh Tutup Permohonan
Dibuka sepanjang tahun 2024
Tempoh Program
2 bulan latihan dan 3 bulan penempatan pekerjaan
Mod Program
Sepenuh Masa
Jenis Pembiayaan
Pembiayaan Penuh*
*Tertakluk kepada terma & syarat
Skop pembiayaan
- Yuran Latihan, peperiksaan dan pensijilan
- Bahan-bahan latihan
- Program pemupukan dan pembangunan
- Insurans dan elaun
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara & Bumiputera Malaysia
- Berumur tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan, teknologi & lain-lain bidang berkaitan
- CGPA mininum 2.50
- Tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan & latihan
- Lulus ujian penilaian yang ditetapkan oleh pihak Penyedia Latihan atau Yayasan Peneraju
- Bersedia untuk bekerja dalam bidang setelah tamat Latihan
Permohonan
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi wakil pihak Johor Skills:
- En. Aizat di talian 017-7937893 atau e-mel aizat@puspatri.edu.my
- En. Fareez di talian 016-9088736 atau e-mel norazfareez@puspatri.edu.my