Program ini menawarkan pemahaman menyeluruh tentang prinsip kawalan gerakan, pengalaman secara langsung dengan komponen Sistem Mitsubishi FA, serta keupayaan untuk mereka bentuk, memprogram, dan menyelesaikan masalah sistem kawalan gerakan.
Butiran Program
Pensijilan yang ditawarkan
Mitsubishi Electric
Pengurus Program & Penyedia Latihan
Federation of Malaysia Skills Development Centre (FMSDC) & Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC)
Pengambilan
Pengambilan sepanjang tahun 2024
Tarikh Tutup Permohonan
Dibuka sepanjang tahun 2024
Tempoh Program
2 bulan latihan dan 3 bulan penempatan pekerjaan
Mod Program
Sepenuh Masa
Jenis Pembiayaan
Pembiayaan Penuh*
*Tertakluk kepada terma & syarat
Skop pembiayaan
- Yuran Latihan, peperiksaan dan pensijilan
- Bahan-bahan latihan
- Program pemupukan dan pembangunan
- Insurans dan elaun
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara & Bumiputera Malaysia
- Berumur tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan, teknologi & lain-lain bidang berkaitan
- CGPA mininum 2.50
- Tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan & latihan
- Lulus ujian penilaian yang ditetapkan oleh pihak Penyedia Latihan atau Yayasan Peneraju
- Bersedia untuk bekerja dalam bidang setelah tamat Latihan
Permohonan
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak wakil KISMEC Pn. Syahirah di talian 019-4374621 atau email di nursyahirah@kismec.org.my