Halal Technical Expert (HTEX)

Program ini bertujuan untuk memberi pengetahuan teori dan praktikal bagi melahirkan tenaga kerja yang mampu membantu industri dalam penyeliaan Halal dan melaksanakan tugas-tugas teknikal, di samping meningkatkan pengetahuan pelatih dalam sektor atau industri yang memerlukan kepakaran dalam pengendalian dokumentasi berkaitan Halal serta mengaplikasikan pembelajaran teknikal.

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan

1.Halal Executive, JAKIM​
2.FESTECH, Malaysia

Pengurus Program & Penyedia Latihan

Federation of Malaysia Skills Development Centre (FMSDC) & Melaka Industrial Skills Development & Entrepreneurship Center (MISDEC).

Pengambilan

Pengambilan sepanjang tahun 2024

Tarikh Tutup Permohonan

Dibuka sepanjang tahun 2024

Tempoh Program

2 bulan latihan dan 3 bulan penempatan pekerjaan

Mod Program

Sepenuh Masa

Jenis Pembiayaan

Pembiayaan Penuh*

*Tertakluk kepada terma & syarat

Skop pembiayaan
  • Yuran Latihan, peperiksaan dan pensijilan
  • Bahan-bahan latihan
  • Program pemupukan dan pembangunan
  • Insurans dan elaun
Syarat-syarat Kelayakan
  1. Warganegara & Bumiputera Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan
  3. Lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan, teknologi & lain-lain bidang berkaitan
  4. CGPA mininum 2.50
  5. Tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan & latihan
  6. Lulus ujian penilaian yang ditetapkan oleh pihak Penyedia Latihan atau Yayasan Peneraju
  7. Bersedia untuk bekerja dalam bidang setelah tamat Latihan
Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak MISDEC – Cik Nabila di talian 018-3855961 atau email di nabila@misdec.org.my

We regret to inform you that the tender has officially been closed. We sincerely apologize for any inconvenience this may have caused and thank you for your interest and efforts in participating.