Chargeman L1
Program Peneraju Skil Chargeman L1ini mensasarkan golongan tenaga kerja Bumiputera mahir dalam sektor sistem kuasa elektrik dan seangkatan dengannya yang berpengalaman sekurang – kurangnya 3tahun pengalaman kerja dalam bidang elektrik. Objektif program ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah Bumiputera yang memiliki pensijilan kemahiran tinggi yang diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya merealisasi bilangan pekerja berkemahiran tinggi yang disasarkan oleh negara.
Industrial Automation (Automasi Industri)
Program ini bertujuan untuk melahirkan pelatih yang berkemahiran dalam bidang pengaturcaraan dan operasi robot. Peserta akan didedahkan dengan kemahiran untuk merancang, merekabentuk dan menjalankan pelbagai latihan berasaskan sistem robot sebenar.
Peneraju Skil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Kategori B0
Program Peneraju Skil Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Kategori B0 disasarkan kepada golongan tenaga kerja bumiputera mahir dalam sektor sistem kuasa elektrik dan seangkatan dengannya yang ingin meningkatkan dari kemahiran peringkat A0, A1, A4 ke peringkat B0.