Program ini direka untuk melengkapkan pelatih dengan kemahiran memasang dan menyelenggara sistem automasi dalam industri pembuatan. Pelatih akan menerapkan konsep pembuatan, teknik penyelesaian masalah, dan teknologi untuk menyokong pengeluar dalam menambah baik proses dalam keseluruhan struktur.
Butiran Program
Pensijilan yang ditawarkan
SIEMENS, Malaysia
Pengurus Program & Penyedia Latihan
Federation of Malaysia Skills Development Centre (FMSDC) & Pahang Skills Development Centre (PSDC)
Pengambilan
Pengambilan sepanjang tahun 2024
Tarikh Tutup Permohonan
Dibuka sepanjang tahun 2024
Tempoh Program
2 bulan latihan dan 3 bulan penempatan pekerjaan
Mod Program
Sepenuh Masa
Jenis Pembiayaan
Pembiayaan Penuh*
*Tertakluk kepada terma & syarat
Skop pembiayaan
- Yuran Latihan, peperiksaan dan pensijilan
- Bahan-bahan latihan
- Program pemupukan dan pembangunan
- Insurans dan elaun
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara & Bumiputera Malaysia
- Berumur tidak melebihi 30 tahun semasa permohonan
- Lepasan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kejuruteraan, teknologi & lain-lain bidang berkaitan
- CGPA mininum 2.50
- Tidak bekerja semasa dalam tempoh permohonan & latihan
- Lulus ujian penilaian yang ditetapkan oleh pihak Penyedia Latihan atau Yayasan Peneraju
- Bersedia untuk bekerja dalam bidang setelah tamat Latihan
Permohonan
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Pahang Skills – En Adhan di talian 011-16503928 atau email di adhan@pahangskills.gov.my