Merealisasi Aspirasi.
Merealisasi Aspirasi.
Memupuk dan membangunkan bakat Bumiputera ke potensi tertinggi.
PROGRAM-PROGRAM PEMBIAYAAN PENDIDIKAN:
Peneraju Tunas
Pembiayaan akademik untuk pelajar sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi yang berpotensi, berpendapatan isi rumah rendah (RM 4,000 ke bawah) dan dari latar belakang yang mencabar.
Peneraju Skil
Pembiayaan kemahiran bagi meningkatkan dan melatih semula skil vokasional dan teknikal dengan pensijilan diiktiraf industri atau antarabangsa dalam pelbagai sektor seperti automotif, elektrik & elektronik. pembuatan, maritim, minyak & gas dan lain-lain.
Peneraju Profesional
Pembiayaan pensijilan professional & bidang spesialis untuk meningkat dan melatih semula kepakaran dalam sektor perakaunan, kewangan, perkhidmatan perniagaan, teknologi & penjagaan kesihatan.
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.
Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan keberkesanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui pendidikan akademik, pensijilan profesional dan vokasional.