Kewangan & Perkhidmatan Perniagaan

Yayasan Peneraju telah menjalankan program pembiayaan bidang kewangan dan perkhidmatan perniagaan bermula pada tahun 2013. Matlamat inisiatif ini adalah untuk memberi peluang terutama kepada graduan dan golongan bekerja/tidak bekerja yang berminat untuk diiktiraf professional bertauliah.

Ia sejajar dengan permintaan tenaga kerja berkemahiran dalam sektor kewangan dan perkhidmatan perniagaan didorong oleh kemajuan teknologi, strategi dan proses perniagaan. Bank Negara Malaysia dalam Laporan Kestabilan Kewangan & Sistem Pembayaran 2017 telah meletakkan 4 faktor pendorong keperluan tenaga kerja akan datang iaitu inovasi Fintech, pembaharuan pengawalseliaan, integrasi serantau dan antarabangsa serta anjakan demografi dalam keutamaan pengguna.

Antara pensijilan yang ditawarkan adalah seperti Chartered Financial Analyst (CFA), Financial Risk Managers (FRM), Pengamal & Penasihat Syariah Bertauliah (Certified Shariah Advisor & Practitioner), Jurubank Bertauliah (Chartered Banker), Juruaudit Dalaman Bertauliah (Certified Internal Auditor), dan Pemasar Digital (Chartered Institute of Marketing Professional Digital Marketer)

Perkhidmatan Perniagaan

Kategori Pemohon

Lepasan Ijazah Sarjana Muda berumur 21 – 28 tahun dengan pengalaman bekerja kurang dari 3 tahun

Pensijilan Yang Ditawarkan
  • Certified Associate in Project Management (CAPM)
  • Chartered Institute of Marketing Professional Digital Marketing Qualifications (CIM)
Institusi Pengajian
  • PEOPLElogy
  • Noesis Exed
Tarikh Tutup Permohonan

20 Jun 2023

Kategori Pemohon

Golongan Bekerja/Tidak Bekerja berumur tidak lebih 45 tahun dengan pengalaman bekerja lebih 3 tahun yang berkaitan

Pensijilan Yang Ditawarkan
  • Chartered Institute of Marketing Professional Digital Marketing Qualifications (CIM)

  • Membership of the Institute of Chartered Secretaries & Administrators (ICSA)
  • Project Management Professional (PMP)
  • Certified Associate in Project Management (CAPM)
Institusi Pengajian
  • CIM – Noesis Exed
  • PMP & CAPM – PEOPLElogy
  • ICSA – Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Tarikh Tutup Permohonan

20 Jun 2023

Kewangan

Kategori Pemohon

Lepasan Ijazah Sarjana Muda berumur 21 – 28 tahun dengan pengalaman bekerja kurang dari 3 tahun

Pensijilan Yang Ditawarkan
  • Certified Internal Auditor (CIA)
  • Certified Shariah Advisor (CSA)
  • Certified Shariah Practitioner (CSP)
  • Certified Profesional Syariah Auditor (CPSA)
  • Certified Qualification in Islamic Finance (CQIF)
  • Chartered Financial Analyst (CFA)
  • Financial Risk Manager (FRM)
Institusi Pengajian
  • CIA – The Institute of Internal Auditors Malaysia
  • CSA & CSP – Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS)

  • CFA & FRM – Noesis Exed

  • CPSA & CQIF – Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)

Tarikh Tutup Permohonan

20 Jun 2023

Kategori Pemohon

Golongan Bekerja/Tidak Bekerja berumur tidak lebih 45 tahun dengan pengalaman bekerja lebih 3 tahun yang berkaitan

Pensijilan Yang Ditawarkan
  • Certified Internal Auditor (CIA)
  • Certified Shariah Advisor (CSA)
  • Certified Shariah Practitioner (CSP)
  • Certified Profesional Syariah Auditor (CPSA)
  • Certified Qualification in Islamic Finance (CQIF)
  • Chartered Financial Analyst (CFA)
  • Financial Risk Manager (FRM)
  • Chartered Banker (CB)
Institusi Pengajian
  • CIA – The Institute of Internal Auditors Malaysia
  • CSA & CSP – Association of Shariah Advisors in Islamic Finance (ASAS)

  • CFA & FRM – Noesis Exed

  • CPSA & CQIF – Islamic Banking and Finance Institute Malaysia (IBFIM)

  • Asian Banking School

Tarikh Tutup Permohonan

20 Jun 2023

Nota penting: Program-program di atas akan dijalankan sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris.
Jenis & Skop Pembiayaan

Pembiayaan Separa*:

  • Bantuan sekali beri (bagi kategori working/non working adults sahaja)
  • Yuran Pengajian/Latihan
  • 100% Yuran Badan Profesional & Yuran Peperiksaan

*Tertakluk kepada terma & syarat

Untuk sebarang pertanyaan mengenai program pembiayaan atau permohonan, sila hubungi pengurus program kami, Efficient Frontier Consulting (EFC) secara terus di 03-80808646 atau penerajusponsorship.app@gmail.com