Peneraju Spesialis – Membership of the Royal College of Physicians of the United Kingdom (MRCPUK) ATAU Membership of the Royal College of Physicians of the Ireland (MRCPI)
Program Peneraju Spesialis yang julung kali diadakan akan ditawarkan kepada pegawai perubatan Bumiputera berumur tidak lebih daripada 45 tahun yang ingin memperolehi pensijilan Membership of the Royal College of Physicians (MRCP). Permohonan pembiayaan adalah terbuka dan juga kepada pegawai perubatan yang telah mendaftar di bawah KKM untuk mengikuti program “Parallel Pathway”. Pensijilan MRCP melalui “Parallel Pathway” ini, pegawai perubatan tersebut boleh meneruskan pewartaan sebagai doktor pakar dalam bidang-bidang kepakaran termasuk Perubatan Dalaman di Malaysia.