Maritime Catering Services Level 2

Butiran Program

Program ini dijadikan tapak permulaan atau batu loncatan kepada pelatih yang ingin membina kerjaya dalam bidang perkhidmatan katering perkapalan, industri minyak dan gas di luar persisir pantai.dengan sekurang-kurangnya enam bulan pengalaman bekerja dalam industri berkaitan dan berumur antara 19 – 45 tahun. Program ini terbuka kepada semua calon, sama ada yang belum memulakan pensijilan ataupun yang sedang mengikuti pensijilan dengan cara pembiayaan sendiri atau pembiayaan separa lain.

Objektif program ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah Bumiputera yang memiliki pensijilan kemahiran tinggi yang diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya merealisasi bilangan pekerja berkemahiran tinggi yang disasarkan oleh negara.

Pensijilan yang ditawarkan
  1. Basic Training oleh Jabatan Laut
  2. Ship Security Awareness (SSA) oleh Jabatan Laut
  3. Designated Security Duties (DSD) oleh Jabatan Laut
  4. Basic Training in Oil & Chemical Tanker (BOCT) oleh Jabatan Laut
  5. Shipboard Catering Management Course (SCMC) oleh Jabatan Laut
  6. Halal & Sertu oleh Jabatan Laut
  7. Food Handling & Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
Rakan Program & Penyedia Latihan

Yayasan Pahang  dan Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills (KYPAS)

Pengambilan

Disember 2023, Mac, Mei, Julai dan September 2024

Tempoh Program

30 hari latihan dan 6 bulan penempatan pekerjaan

Tarikh Tutup Permohonan

Dibuka sepanjang tahun

Jenis Pembiayaan

Pembiayaan Penuh

Skop pembiayaan
  • Yuran latihan, peperiksaan dan pensijilan
  • Insuran
  • Penginapan
  • Elaun
Syarat-syarat Kelayakan
  • Bumiputera
  • Lelaki dan wanita berumur 19 – 45 tahun
  • Mempunyai sijil TBOISET, medical Petronas, kad pelaut dan buku pelaut
  • Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan dalam bidang berkaitan
Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak KYPAS di talian 017-7245711 atau email di shamsulazlan@kypskills.edu.my

We regret to inform you that the tender has officially been closed. We sincerely apologize for any inconvenience this may have caused and thank you for your interest and efforts in participating.