Program Pembangunan Kemahiran bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan antarabangsa. Peningkatan kemahiran bagi kerjaya berpendapatan tinggi seperti sektor minyak & gas, elektrik & elektronik, komunikasi, bidang kandungan kreatif & infrastruktur dan lain-lain.

Program Pembangunan Kemahiran & Peningkatan Skil

Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir (sekolah rendah/menengah/kolej) atau individu-individu berumur 17-23 tahun yang mempunyai minat yang menjurus ke arah skil vokasional / teknikal berbanding dengan akademik. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Terdapat pelbagai program yang ditawarkan di bawah Peneraju Skil Iltizam yang meliputi industri minyak dan gas, pelancongan, pelabuhan, perkapalan dan sebagainya.

Untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai program yang ditawarkan di bawah teras ini, sila klik mana-mana pautan berikut.

We regret to inform you that the tender has officially been closed. We sincerely apologize for any inconvenience this may have caused and thank you for your interest and efforts in participating.