Program Pensijilan Profesional Perakaunan

Tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang perakaunan bertauliah dijangka mendapat permintaan besar, kira-kira dua kali ganda bekalan semasa, mencerminkan semakin pentingnya profesion ini kepada negara. Malaysia memerlukan 60,000 akauntan profesional menjelang 2030. Dalam membantu Malaysia mencapai visi ini, Yayasan Peneraju memulakan inisiatif intervensi yang proaktif.

Sejak penubuhan pada tahun 2012, Yayasan Peneraju telah menawarkan pelbagai program pembiayaan bagi bidang perakaunan (pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa) yang disesuaikan dengan tahap kemasukan calon dari lepasan SPM sehingga golongan profesional yang sedang dan tidak bekerja. Sasaran program-program ini adalah untuk menyokong akauntan profesional yang berpengalaman menerusi pensijilan asas perakaunan profesional seperti ACCA FIA & CFAB dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CIMA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA-CAANZ.

Bagi meneruskan usaha meningkatkan jumlah akauntan Bumiputera yang bertauliah, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan 3 program pembiayaan skema terbaru iaitu pembiayaan tambahan atau ‘top-up’ kepada calon yang mendaftar untuk pengajian pensijilan profesional secara sepenuh masa atau separuh masa.

Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori A (ACCA FIA-ACCA)

Pembiayaan Penuh*
Kategori Pemohon

Lepasan SPM/O-Level | Pengambilan Disember

Pensijilan

ACCA FIA – ACCA

Institusi Pengajian

Sunway TES, TYMBA, UOW Malaysia KDU College

Sunway TES
UOW Malaysia KDU
Tarikh Tutup Permohonan

15 November 2023 (Sunway TES) & 10 November 2023 (UOW Malaysia KDU)

Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori A (CFAB – ACA ICAEW)

Pembiayaan Penuh*
Kategori Pemohon

Lepasan SPM/O-Level

Pensijilan

ICAEW CFAB - ACA

Institusi Pengajian

TYMBA

Tarikh Tutup Permohonan

29 Oktober 2023

Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA)

Pembiayaan Penuh*
Kategori Pemohon

Lepasan CAT/ACCA FIA/Diploma | Pengambilan Disember

Pensijilan

ACCA

Institusi Pengajian

Sunway TES, UOW Malaysia KDU College

UOW Malaysia KDU College
Sunway TES
Tarikh Tutup Permohonan

15 November 2023 (Sunway TES) & 10 November 2023 (UOW Malaysia KDU)

Nota penting: Program-program di atas akan dijalankan sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris.
Jenis & Skop Pembiayaan

Pembiayaan Penuh*:

  • Yuran Pengajian
  • Yuran Badan Profesional
  • Yuran Peperiksaan
  • Program Pemupukan & Pembangunan
  • Elaun Bulanan
  • Penginapan

Pembiayaan Separa*:

  • Bantuan sekali beri (bagi kategori working/non working adults)
  • Yuran Pengajian/Latihan
  • 100% Yuran Badan Profesional & Yuran Peperiksaan
*Tertakluk kepada terma & syarat

Untuk sebarang pertanyaan/aduan mengenai program pembiayaan atau permohonan, sila hubungi rakan program kami yang berkaitan secara terus di nombor berikut:

Program-program Pembiayaan Penuh

Program-program Pembiayaan Separa