Untuk mengelakkan percanggahan kepentingan dan anggapan percanggahan kepentingan, pihak yang berkepentingan atau orang awam tidak digalakkan untuk memberi atau membuat sebarang pembayaran atau pemberian hadiah, hiburan dan hospitaliti (“Gift, Entertainment or Hospitality” atau “GEH”) kepada kakitangan Yayasan Peneraju.
Kakitangan Yayasan Peneraju berhak menolak GEH yang diberikan atau ditawarkan bagi mengelakkan sebarang persepsi percanggahan kepentingan dengan pihak tersebut.