Program ini lebih menumpukan kepada pensijilan kemahiran tinggi dan diiktiraf industri khususnya kepada kelompok berpengalaman sekurang – kurangnya dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja dan berumur 45 tahun dan ke bawah. Program ini terbuka kepada semua calon di atas sama ada yang belum memulakan pensijilan ataupun mereka yang sedang mengikuti pensijilan dengan cara pembiayaan sendiri atau pembiayaan separa lain.
Objektif program ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah Bumiputera yang memiliki pensijilan kemahiran tinggi yang diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya merealisasi bilangan pekerja berkemahiran tinggi yang disasarkan oleh negara.
Butiran Program
- CSWIP 3.2 – CSWIP Senior Welding Inspector
EVO Business Consulting dan Nitkertz (Malaysia) Sdn Bhd
Ogos, Okt, Nov & Dis 2022
5 Hari
Sepenuh Masa
Tajaan sehingga 90% kos program* (yuran latihan + pensijilan)
*Tertakluk kepada terma & syarat
- Yuran Pengajian, Peperiksaan & Pensijilan
- Kit Spesimen/Latihan
- Manual/Nota
- Warganegara Malaysia dan Bumiputera
- Berumur 45 tahun dan ke bawah
- Lulus pemilihan dan penilaian yang dijalankan oleh institut
- Pemegang sijil Welding Inspector Level 2 (CSWIP 3.1) yang sah, mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 2 tahun dengan tanggungjawab kerja dalam bidang yang disenaraikan dalam 1.2.1, 1.2.2 dan 1.2.3 (mengikut Dokumen CSWIP-WI-6-92 Edisi ke-16 Apr 2017)
- 5 tahun pengalaman pemeriksaan kimpalan yang disahkan berkaitan dengan tugas dan tanggungjawab yang disenaraikan dalam Klausa 1.2.1, 1.2.2 dan 1.2.3 yang disahkan secara bebas (mengikut Dokumen CSWIP-WI-6-92 Edisi Ke-16 Apr 2017)
- Tarikh tamat calon CSWIP 3.1 mestilah sekurang-kurangnya 12 bulan pada hari peperiksaan
Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi EVO Business Consulting di 03-22769958 atau Nitkertz secara terus di 019-7781637