Program Latihan Untuk Siswazah

Program Latihan Untuk Siswazah merupakan satu program untuk membantu graduan Bumiputera lepasan Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang berumur antara 19 sehingga 35 tahun yang belum mendapatkan pekerjaan untuk memperolehi kemahiran serta pensijilan yang diperlukan oleh industri bagi membolehkan mereka mendapat pekerjaan dalam bidang-bidang yang dikenalpasti.

Professional Rolling Stock Maintenance

Pembiayaan Penuh*
Mod Program:

Sepenuh Masa

*Tertakluk kepada terma & syarat

Pengurus Program & Penyedia Latihan:

Efficient Frontier Consulting (EFC) dan UniKL MIDI

Tempoh Program:
Pensijilan yang ditawarkan:

  • Certificate of Training Completion by Industry Player
  • Certificate of Completion in Professional Certificate in Rolling Stock Maintenance by Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  • Certificate of Course Completion by National Railway Centre of Excellent (NRCOE)

Skop Pembiayaan:

  • Yuran latihan dan pensijilan
  • Program Pemupukan & Pembangunan
  • Elaun
  • Insurans
  • Kemudahan Penginapan

Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 19 – 35 tahun
  2. Lepasan Ijazah/Diploma atau pemegang Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 4/5 dalam bidang kejuruteraan, teknologi dan bidang berkaitan
  3. Graduan yang tidak bekerja dan pekerja yang diberhentikan kerja dengan latar belakang yang berkaitan

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan dibuka sepanjang tahun

Professional Rolling Stock Maintenance

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi EFC di 03-22769958 atau UniKL MIDI di talian 013-2906343 (Ts. Norhudah Basri) / norhudah@unikl.edu.my

Installation and Maintenance Fiber-to-the-Home (FTTH)

Pembiayaan Penuh*
Program selama 6 bulan yang merangkumi 1 bulan kelas latihan, 1 bulan On-Job-Training (OJT) dan 3 bulan pemantauan kerja. Kelas latihan selama satu 1 bulan merangkumi pembelajaran berkaitan FTTH seperti pengurusan asas rangkaian FTTH, perancangan rangkaian FTTH, pemasangan kabel gentian optik luar (OSP) dan dalaman (ISP) mengikut piawaian yang ditentukan, penyambungan dan penamatan kabel gentian optik, pengujian rangkain dan pautan FTTH mengikut piawaian yang ditentukan serta Nuture Development Program kepada peserta-peserta bagi meningkatkan kemahiran insaniah dan persediaan melangkah ke alam pekerjaan. Peserta juga akan diberi pendedahan dan peluang untuk mengadakan perbincangan bersama pemain industry dalam bidang telekomunikasi serta latihan praktikal.
Mod Program:

Sepenuh Masa

*Tertakluk kepada terma & syarat

Pengurus Program & Penyedia Latihan:

Efficient Frontier Consulting (EFC) & UMK Business Ventures Sdn. Bhd.

Tempoh Program:

6 Bulan

Pensijilan yang ditawarkan:

  • TM CA1(c)
  • TM CA2(c)
  • NIOSH TM Safety Passport
  • NIOSH Authorised Entrant & Standby Person for Confined Space Test,
  • Sijil UMKBV

Skop Pembiayaan:

Pembiayaan penuh bagi yuran latihan, peperiksaan dan pensijilan

Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Bumiputera
  2. Berumur 19 – 35 tahun
  3. Mempunyai kelulusan Diploma/SKM 4/DKM atau mana-mana kelayakan yang berkaitan
  4. Graduan yang tidak bekerja dan mempunyai pengalaman kerja tidak melebihi 3 tahun

Tarikh Tutup Permohonan

Dibuka Sepanjang tahun

Installation and Maintenance Fiber-to-the-Home (FTTH)

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi EFC di 03-80808646 / penerajuskil@gmail.com atau 09-774900 / 019-2454169 / zsalihan@umkbv.com / irdina@umkbv.com

Pneumatics and Electro-Pneumatics

Pembiayaan Penuh*
Program Pneumatik dan Elektro-pneumatik adalah salah program teknologi dalam Latihan Pendidikan Vokasional dan Teknikal (TVET) di mana para graduan dapat melaksanakan latihan praktikal Pneumatik dan Elektropneumatik mengikut piawaian dan spesifikasi FESTEC. Bagi menetapkan laluan kerjaya dalam bidang pneumatik, syarikat terlibat menyediakan peluang pendapatan tinggi kepada Bumiputera dengan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan dalam industri melalui latihan praktikal dengan teknologi terkini mengikut keperluan industri.
Mod Program:

Sepenuh Masa

*Tertakluk kepada terma & syarat

Pengurus Program & Penyedia Latihan:

ILP Pedas

Tempoh Program:
Pensijilan yang ditawarkan:

  • FESTECH Korea – Pneumatics and Electro-Pneumatics
  • MBOT – Malaysia Board of Technologies

Pengambilan: Mac 2024

Skop Pembiayaan:

  • Pembelajaran, Elaun Sara Hidup, Penginapan, Makan & Minum dan Insuran

Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Warganegara Malaysia & Bumiputera berusia 19 – 30 tahun.
  2. Mempunyai kelulusan minimum Diploma/DKM/Ijazah Sarjana Muda atau mana-mana kelayakan yang berkaitan.
  3. Pengalaman kerja kurang daripada 3 tahun.

Tarikh Tutup Permohonan

Permohonan dibuka sepanjang tahun

Pneumatics and Electro-Pneumatics

Permohonan boleh dibuat dengan menghantar resume kepada Puan Chua Yee Peng di alamat email: chua.y@jtm.gov.my