Tenaga kerja berkemahiran tinggi terutamanya dalam bidang perakaunan bertauliah dijangka mendapat permintaan besar, kira-kira dua kali ganda bekalan semasa, mencerminkan semakin pentingnya profesion ini kepada negara. Malaysia memerlukan 60,000 akauntan profesional menjelang 2020. Dalam membantu Malaysia mencapai visi ini, Yayasan Peneraju memulakan inisiatif intervensi yang proaktif.
Sejak penubuhan pada tahun 2012, Yayasan Peneraju telah memperkenalkan 6 program tajaan di bidang perakaunan (pengajian secara sepenuh masa dan separuh masa) yang disesuaikan dengan tahap kemasukan calon dari lepasan SPM hingga golongan profesional yang sedang bekerja. Sasaran program-program ini adalah untuk menyokong akauntan profesional yang berpengalaman menerusi pensijilan asas perakaunan profesional seperti CAT dan pensijilan perakaunan profesional seperti ACCA, CPA Australia, ICAEW dan MICPA-CAANZ.

Nama Program | Tempat Pengajian | Pengambilan | Soalan-soalan Lazim | Tarikh Tutup | Permohonan | |
---|---|---|---|---|---|---|
Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori A (CAT - ACCA) | Sunway TES | September 2020 | Baca Soalan Lazim | 15 Ogos 2020 | ||
Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA) | Sunway TES | Disember 2020 | Baca Soalan Lazim | 30 November 2020 | https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfYwCKWyDNzgFTM9kPuCuH3faiuyaKWXL9hd88maFYyPfw0Kg/viewform?usp=pp_url | |
Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA) | UOW Malaysia KDU College, Shah Alam | Mac 2021 | Baca Soalan Lazim | 31 Januari 2021 | https://docs.google.com/forms/d/10hTJ2hNXnz19MFRx93xqlDwRSSuk2SvbqevT6-b23A8/edit | |
Peneraju Profesional Akauntan Muda Kategori B (ACCA) | Sentral College Penang | Disember 2020 | Baca Soalan Lazim | 13 November 2020 | ||
Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA) | Sunway TES | Disember 2020 | Baca Soalan Lazim | 30 November 2020 | https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSc1VIItjddX5sjW-Xo3O4TkWZkBww1fwBgFExcdlk-fQCv_nA/viewform?usp=pp_url | |
Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (ACCA) | UOW Malaysia KDU College, Shah Alam | April 2021 | Baca Soalan Lazim | 5 Mac 2021 | https://docs.google.com/forms/d/140Rk2nWun9HS0dvUy1gWEsxM25NhBmRLkMHce2h6gSo/viewform?gxids=7628&edit_requested=true | |
Peneraju Profesional Akauntan Siswazah (MICPA) | Sunway TES | Jun 2021 | Baca Soalan Lazim | 31 Mac 2021 | Mohon |
Untuk sebarang pertanyaan/aduan mengenai program pembiayaan atau permohonan, sila hubungi rakan program kami secara terus di nombor berikut:
- Sunway TES : 013-3993779 (En Rafiq); ATAU
- UOW Malaysia KDU College : mayzi@accakdu.edu.my / 018-872 4298 (Cik May Zi) atau tiffany@accakdu.edu.my (Cik Tiffany) ATAU
- Sentral College Penang : jocelyn@sentral.edu.my / 016-4613123 (Ms Jocelyn)