Peneraju Young Talent Development Programme: Port Operation Planner (POPA) dan Young Engineer Apprenticeship Programme (YEAP)

Program kolaborasi dengan Port Tanjung Pelepas (PTP) ini adalah inisiatif PTP yang direka khas bersama Kementerian Pendidikan untuk mengisi permintaan pekerjaan di bidang pelabuhan ,selain meningkatkan kebolehpasaran pekerjaan tenaga mahir serta melahirkan lebih ramai bakat di dalam industri pelabuhan. Objektif program ini adalah untuk:

  • Menyokong inisiatif academia – industri dengan memberi pendedahan awal mengenai alam pekerjaan yang sebenar kepada graduan baru
  • Memberi graduan pendedahan kepada budaya kerja yang sebenar selain menyediakan platform yang terbaik untuk graduan muda yang berbakat mengikut kesesuaian industri pelabuhan yang terkini.
  • Menawarkan program perantisan (apprenticeship) berstruktur dengan memfokuskan latihan teknikal pelabuhan selain mengasah bakat kepimpinan yang diperlukan oleh Industri Pelabuhan
Nama Kursus

Port Operation Planning Apprenticeship Programm (POPA)

Butiran Kursus

Program selama 8 bulan ini merangkumi:

  • 2 bulan latihan dalam kelas.
  • 2 bulan latihan secara penempatan.
  • 4 bulan pembelajaran sambil bekerja (on the job learning).
Syarat-syarat Kelayakan
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 26 tahun ke bawah.
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam mana-mana bidang dengan CGPA min 3.0.
  3. Mempunyai kemahiran analitikal dan ketangkasan pembelajaran yang tinggi.
  4. Kemahiran berkomunikasi dan Kemahiran Interpersonal yang sangat baik.
Permohonan

Sekiranya anda berminat untuk memohon, sila e-mel cover letter, resume dan sijil/dokumen yang berkaitan ke [email protected]  atau [email protected]

Permohonan akan dibuka sehingga mencapai kuota setiap pengambilan.

Imbas Kod QR di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program POPA dan YEAP.

Nama Kursus

Young Engineer Apprenticeship Programme (YEAP)

Butiran Kursus

Program selama 12 bulan ini merangkumi:

  • 1.5 bulan latihan dalam kelas.
  • 2.5 bulan latihan secara penempatan.
  • 8 bulan pembelajaran sambil bekerja (on the job learning).
Syarat-syarat Kelayakan
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 25 tahun ke bawah.
  2. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda bidang Kejuruteraan dengan CGPA min 3.0.
  3. Mempunyai kemahiran analitikal dan ketangkasan pembelajaran yang tinggi.
  4. Berminat dan mempunyai perasaan ingin tahu yang mendalam berkenaan automasi peralatan pelabuhan dan bersifat terbuka dalam tugasan kejuruteraan atau modifikasi.
  5. Kemahiran teknikal dan kepimpinan yang tinggi.
Permohonan

Sekiranya anda berminat untuk memohon, sila e-mel cover letter, resume dan sijil/dokumen yang berkaitan ke [email protected] atau [email protected]

Permohonan akan dibuka sehingga mencapai kuota setiap pengambilan.

Imbas Kod QR di bawah untuk maklumat lanjut mengenai program POPA dan YEAP.

Peserta program berpeluang untuk diserap* oleh PTP sekurang-kurangnya 2 tahun selepas tamat tempoh program bergantung kepada prestasi peserta sepanjang program dijalankan.

*Tertakluk kepada terma & syarat