Peneraju Tunas BRIDGE Karisma Industrial Automation System (IAS)

Program Peneraju Tunas BRIDGE Karisma Industrial Automation System (IAS) ialah program yang ditawarkan kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau setara. Program ini akan dijalankan secara berkala selama 2 tahun mengikut ketetapan tanpa pertindihan penjadualan kuliah. Program ini memberi peluang kepada peserta untuk menjalani program pensijilan Industrial Automation Systems SIMATIC oleh SIEMENS serta kemahiran insaniah yang bersesuaian melalui penyampaian berbentuk Bootcamp dan atas talian secara berjadual. Kos pengangkutan, penginapan dan makan minum adalah ditanggung pihak Yayasan Peneraju.

Pensijilan yang Ditawarkan:

  • Industrial Automation Systems SIMATIC oleh SIEMENS

Rakan Program: Exzellent Profis Sdn Bhd
Pengambilan: Disember 2023
Tempoh Program: 2 tahun secara berkala (4 kem latihan (2 kem latihan setahun))
Jenis Pembiayaan: Pembiayaan Penuh
Skop Pembiayaan:

  • Yuran latihan, peperiksaan dan pensijilan
  • Elaun
  • Yuran bengkel (Workshop fees)
  • Pengangkutan
  • Program Pemupukan & Pembangunan

Syarat-syarat Kelayakan

  1. Bumiputera Malaysia
  2. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari IPTA/IPTS yang diiktiraf
  3. Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Semester 4 atau Semester 5 PNGK minimum 3.00 atau setara dengannya

Tarikh Tutup Permohonan: 30 November 2023

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak Exzellent Profis di 012-2739083 atau e-mel ke development@exzellprofis.com