Peneraju Skil Welding Inspector Level 2 (CSWIP 3.1)

Programme Details: Program ini lebih menumpukan kepada pensijilan kemahiran tinggi dan diiktiraf industri khususnya kepada kelompok berpengalaman sekurang – kurangnya dengan tiga (3) tahun pengalaman kerja dan berumur 45 tahun dan ke bawah. Program ini terbuka kepada semua calon di atas sama ada yang belum memulakan pensijilan ataupun mereka yang sedang mengikuti pensijilan dengan cara pembiayaan sendiri atau pembiayaan separa lain.

Objektif program ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah Bumiputera yang memiliki pensijilan kemahiran tinggi yang diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya merealisasi bilangan pekerja berkemahiran tinggi yang disasarkan oleh negara.

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan

CSWIP 3.1 Certified Welding Inspector

Rakan Program & Penyedia Latihan

EVO Business Consulting & Nitkertz (Malaysia) Sdn Bhd

Pengambilan

Ogos, Oktober & Disember

Tempoh Program

2 bulan

Mod Program

Sepenuh Masa

Jenis & Skop Pembiayaan

Tajaan sehingga 90% kos program* (yuran latihan + pensijilan)

*Tertakluk kepada terma & syarat

Syarat-syarat Kelayakan
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia
  2. Berumur 45 tahun dan ke bawah
  3. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun sebagai Welding Inspector dengan tugas dan tanggungjawab seperti di dalam Clause 1.2.2 of CSWIP document WI-6-92, dibawah seliaan penyelia, pengesahan persendirian; ATAU
  4. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya selama 2 tahun sebagai Visual Welding Inspector yang diktiraf serta tugas dan tanggungjawab adalah seperti di dalam dokumen CSWIP WI-6-92 1.2.1 dan 1.2.2; ATAU
  5. Bekerja sebagai Welding Instructor atau Welding Foreman/Supervisor sekurang-kurangnya selama 1 tahun
Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi EVO Business Consulting di 03-22769958 atau [email protected] atau Nitkertz secara terus di 019-7781637 atau 011-26664939.