Peneraju Skil Welding Inspector Level 1 (CSWIP 3.0)

Program ini menumpukan kepada pensijilan kemahiran tinggi dan diiktiraf industri khususnya untuk tenaga kerja mahir yang masih bekerja atau tidak bekerja (termasuk individu yang diberhentikan kerja) dengan sekurang – kurangnya tiga tahun pengalaman kerja dan berumur 45 tahun dan ke bawah. Program ini terbuka kepada semua calon, sama ada yang belum memulakan pensijilan ataupun yang sedang mengikuti pensijilan dengan cara pembiayaan sendiri atau pembiayaan separa lain. Objektif program ini adalah untuk menyumbang kepada peningkatan jumlah Bumiputera yang memiliki pensijilan kemahiran tinggi yang diiktiraf industri dan antarabangsa dan seterusnya merealisasi bilangan pekerja berkemahiran tinggi yang disasarkan oleh negara.

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan

CSWIP 3.0 Visual Welding Inspector

Pengurus Program & Penyedia Latihan

EVO Business Consulting & Nitkertz (Malaysia) Sdn Bhd

Pengambilan

Ogos, Oktober & Disember

Tempoh Program

1 bulan

Mod Program

Sepenuh Masa

Jenis & Skop Pembiayaan

Tajaan sehingga 90% kos program* (yuran latihan + pensijilan)

*Tertakluk kepada terma & syarat

Syarat-syarat Kelayakan
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia

  2. Berumur 45 tahun dan ke bawah

  3. Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya 3 tahun

  4. Mempunyai kelayakan min SPM ATAU mana-mana dokumen/pensijilan/pengalaman selama 6 bulan berkaitan dengan visual Welding Inspector

Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi EVO Business Consulting di 03-22769958 atau [email protected] atau Nitkertz secara terus di 019-7781637 atau 011-26664939.