Peneraju Skil Oil & Gas Talent Acceleration (OGTA) – Advanced Scaffolding

Program ini menumpukan kepada pensijilan kemahiran tinggi dan diiktiraf industri khususnya untuk tenaga kerja mahir yang masih bekerja atau tidak bekerja (termasuk individu yang diberhentikan kerja) dengan sekurang – kurangnya tiga tahun pengalaman kerja dan berumur 45 tahun dan ke bawah. Program ini terbuka kepada semua calon, sama ada yang belum memulakan pensijilan ataupun yang sedang mengikuti pensijilan dengan cara pembiayaan sendiri atau pembiayaan separa lain. Peserta program ini akan dilengkapkan dengan modul dan sijil berkaitan  berkaitan dalam bidang Perancah  (termasuk AESP, BRS, OGSP dan Pemeriksaan Kesihatan).

Butiran Program

Pensijilan yang ditawarkan

Certificate of Competency Advance Scaffolding Competency Training for Tubular and Modular types by HRSB Training Sdn Bhd

Pengurus Program & Penyedia Latihan

EVO Business Consulting & HRSB Training Sdn Bhd

Pengambilan

Ogos, Oktober & Disember

Tempoh Program

1 bulan

Mod Program

Sepenuh Masa

Jenis & Skop Pembiayaan

Tajaan sehingga 90% kos program* (yuran latihan + pensijilan)

*Tertakluk kepada terma & syarat

Syarat-syarat Kelayakan
  1. Bumiputera Warganegara Malaysia berumur 45 tahun dan ke bawah

  2. Sihat tubuh badan

  3. Pengalaman bekerja minima selama 3 tahun di industri yang berkaitan (Individu yang kehilangan pekerjaan juga boleh memohon)

  4. Pemegang MyKKP Level 2 – 6 bulan dalam Scaffolding

Permohonan

Sekiranya terdapat pertanyaan lanjut, sila hubungi EVO Business Consulting di 03-22769958 atau [email protected] atau HRSB Training secara terus di 012-9007033