Peneraju Profesional Data Scientist

Bagi memenuhi permintaan tenaga profesional bidang Big Data di Malaysia, PEOPLElogy dengan kerjasama Yayasan Peneraju telah memperkenalkan Program Kursus Analisis Big Data & Pembangunan Modal Insan bertujuan memberi peluang kepada bakat muda Bumiputera untuk meningkatkan kerjaya dan pendapatan mereka. Bidang Big Data merupakan antara tiga trend utama yang memberi kesan kepada industri pekerjaan di Asia Tenggara. Menjelang 2018, dijangka lebih 50% organisasi akan bersaing menggunakan analisis termaju.

Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan matlamat Yayasan Peneraju iaitu meningkatkan keupayaan Bumiputera ke arah pekerjaan berpendapatan tinggi melalui pendidikan dan pensijilan yang diiktiraf dan berkualiti.

Butiran Program:

  • Tempoh Program: Kursus selama 3 bulan serta satu tahun pemantauan dan bimbingan pekerjaan. (Kelas dijalankan pada hujung minggu secara separuh masa)
  • Penyedia Latihan: PEOPLElogy Training Center, The Boulevard Office, Mid Valley City, Kuala Lumpur.
  • Pengambilan: Jun, Ogos, September & Oktober 2020

Program tajaan ini menyasarkan peserta yang mempunyai pengalaman di bidang Data Sains dan bercita-cita untuk menjadi Data Scientists. Hasil daripada kursus ini, peserta akan mendapat kefahaman mendalam tentang Big Data Analytics (BDA) dan kitaran hayat data sains serta mampu membangunkan model ramalan dan cadangan enjin.

Modul Kursus:

  • ADA (APPLIED DATA ANALYTICS)
  • PYTHON
  • ADE (APPLIED DATA ENGINEERING)
  • ADS (APPLIED DATA SCIENCE)
Nota penting: Program ini akan dijalankan sepenuhnya menggunakan Bahasa Inggeris.

Tarikh Tutup : 2 Oktober 2020

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 011-26192685 atau e-mel ke lindsay.lau@newhorizons-malaysia.com (Lindsay)