Program pembiayaan untuk pelajar-pelajar dari keluarga kumpulan M40 ke bawah untuk meningkatkan kemahiran insaniah kritikal, mendapatkan pensijilan yang diiktiraf industri di samping meningkatkan pembangunan peribadi, kecemerlangan akademik dan persediaan menghadapi dunia kerjaya.
Pembiayaan kemahiran bagi meningkatkan dan melatih semula skil vokasional dan teknikal dengan pensijilan diiktiraf industri atau antarabangsa dalam pelbagai sektor seperti automotif, elektrik & elektronik, pembuatan, maritim, minyak & gas dan lain-lain.
Pembiayaan pensijilan profesional untuk meningkat dan melatih semula kepakaran dalam sektor perakaunan, kewangan & perkhidmatan perniagaan.
Pembiayaan pensijilan untuk peningkatan kepakaran dan kemahiran dalam bidang teknologi seperti Big Data, Cybersecurity, Machine Learning, Cloud Computing, DevOps dan banyak lagi.
Pembiayaan bagi bidang spesialis untuk peningkatan kepakaran di dalam sektor penjagaan kesihatan.
ShYFT menjemput para alumni Yayasan Peneraju untuk mendaftar keahlian sekarang!
Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) merupakan satu inisiatif untuk mengukuhkan pembinaan keupayaan Bumiputera secara sejagat dan berterusan.
Antara mandat yang diamanahkan kepada Yayasan Peneraju termasuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat-bakat Bumiputera sejajar dengan usaha menaiktaraf Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi melalui program pembiayaan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.
Tingkat 15-1,Mercu UEM Jalan Stesen Sentral 5, KL Sentral, 50470, Kuala Lumpur.
Talian am: +603-2727 9000
Emel: info@yayasanpeneraju.com.my