Program latihan pembangunan kemahiran mengikut permintaan industri bagi meningkatkan skil vokasional dan teknikal ke peringkat pengiktirafan industri dan antarabangsa. Program ini mempunyai dua segmen iaitu Peneraju Skil Iltizam (pelajar keciciran/pelajar yang lebih cenderung ke arah vokasional dan teknikal) dan Peneraju Skil (pekerja mahir) yang meliputi pelbagai industri. Antaranya:
- Minyak, Gas & Tenaga
- Perkhidmatan Kewangan
- Perkhidmatan Perniagaan
- Elektrik & Elektronik
- Kandungan Komunikasi & Infrastruktur
- Penjagaan Kesihatan
- Pelancongan
- Logistik
Program Peneraju Skil merupakan program yang memberi fokus kepada pengurusan dan
pemupukan kemahiran teknikal. Pada dasarnya. Program ini menyediakan bantuan dalam
bentuk pembiayaan biasiswa, kemudahan pendidikan dan latihan yang relevan kepada lepasan
vokasional dan Bumiputera yang sedang bekerja untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam
bidang tertentu seterusnya menceburi bidang kerjaya berpendapatan tinggi dalam sector sektor
minyak dan gas, elektrik dan elektronik, perkhidmatan perniagaan, perkhidmatan kewangan dan
lain-lain.
Antara program yang ditawarkan di bawah teras ini adalah seperti berikut. Sila klik pautan di
bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut ..