Peneraju Skil Iltizam Operasi Kaunter Hadapan (Front Office Operations)

Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir atau calon-calon yang mempunyai minat yang menjurus ke arah skil vokasional/teknikal berbanding dengan akademik. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di dalam industri pelancongan.

Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Bumiputera warganegara Malaysia
  2. Lelaki dan perempuan berumur 18-23 tahun semasa memohon
  3. Boleh membaca, menulis dan mengira
  4. Berminat untuk bekerja dalam industri pelancongan
  5. Berkeyakinan dan mempunyai peribadi yang baik
  6. Mempunyai minat, motivasi dan potensi untuk berjaya
  7. Tidak mempunyai rekod jenayah
  8. Bebas daripada pengaruh dadah dan alkohol

Pensijilan yang ditawarkan di bawah program ini:

Pusat Latihan Suria College, Johor Bahru
Nama Sijil
  • Skill Certificate in Guest Service Operation by Suria College of Hospitality (Diiktiraf oleh industri)
  • ¬†International Introductory Award in Hospitality Customer Service by City & Guilds (Diiktiraf oleh industri dan antarabangsa)



Permohonan bagi program ini adalah dibuka sepanjang tahun bagi pengambilan bulan berikut:

Pusat Latihan Suria College, Johor Bahru
Pengambilan

Ogos dan November 2016


Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan serta soalan-soalan lazim terlebih dahulu. Jika permohonan anda berjaya, rakan program kami akan menghubungi melalui telefon untuk tindakan selanjutnya. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan rakan program untuk menghubungi anda untuk pengambilan.



Permohonan boleh dibuat melalui:

  • Portal rasmi Yayasan Peneraju www.yayasanpeneraju.com.my. Sila klik butang pautan permohonan di bawah:
Soalan-soalan Lazim Bagi yang berminat untuk menjalani latihan di Suria College, Johor Bharu, sila klik di sini untuk memohon
ATAU
Cara-cara alternatif untuk membuat permohonan:

WhatsApp/SMS/Telefon butiran berikut kepada 013-7382737 (Adi), 017-7875790 (Muz) atau 07-2212827 (Pejabat Suria College)
  • Nama
  • Alamat
  • No. Kad Pengenalan
  • No. Telefon Bimbit
  • E-mel
  • Pilihan Kursus