Program Peneraju Skil Iltizam dijalankan untuk memberi peluang kedua kepada pelajar tercicir atau calon-calon yang mempunyai minat yang menjurus ke arah skil vokasional / teknikal berbanding dengan akademik. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana calon-calon akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan peluang pekerjaan. Objektif utama program ini adalah untuk meningkatkan penyertaan bumiputera di dalam bidang pekerjaan berkemahiran tinggi dengan pendapatan lumayan di dalam industri pembuatan (manufacturing).
Permohonan bagi program ini adalah dibuka sehingga 30 September 2018 bagi pengambilan bulan Oktober 2018.
Perhatian: Sebelum membuat permohonan, sila rujuk kepada syarat-syarat kelayakan serta soalan-soalan lazim terlebih dahulu. Jika permohonan anda berjaya, rakan program kami akan menghubungi melalui telefon untuk tindakan selanjutnya. Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan rakan program untuk menghubungi anda untuk pengambilan.