Peneraju Skil – Jurukimpal

Program Peneraju Skil dijalankan untuk memberi peluang kepada pekerja Bumiputera yang sedang bekerja dalam bidang vokasional/teknikal. Program ini merangkumi pensijilan di dalam industri di mana pelatih akan mendapat kemahiran yang bersesuaian dengan permintaan industri dan berpeluang untuk mendapat peluang pekerjaan dengan pendapatan lumayan di dalam bidang minyak, gas dan tenaga.

Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Bumiputera warganegara Malaysia.
  2. Berumur tidak melebihi 40 tahun semasa memohon.
  3. Mesti memiliki kelayakan minima SKM2 dalam Proses SMAW atau SKM3 dalam bidang Kimpalan atau setaraf dengannya.
  4. Mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman berkerja sebagai jurukimpal.

Untuk mendaftar, sila klik butang 'DAFTAR' di bawah. Permohonan untuk program ini akan ditutup pada 30 Oktober 2015.

Perhatian: Sila pastikan maklumat yang diberi adalah tepat bagi memudahkan pihak Yayasan Peneraju untuk menghubungi anda untuk pengambilan.