Peneraju Skil – Inspektor Kimpalan

Program ini dijalankan untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti Inspektor Kimpalan Bumiputera dalam industri Minyak dan Gas melalui pensijilan CSWIP 3.1 Welding Inspector serta penempatan pekerjaan dalam sektor minyak dan gas.

Syarat-syarat Kelayakan:

  1. Bumiputera warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak melebihi 40 tahun semasa memohon
  3. Jurukimpal yang memiliki sijil CSWIP 3.0 'Visual Welding Inspector' dan mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja dalam Pengujian dan Kawalan Mutu / 'Assurance' Kualiti dalam industri minyak dan gas; atau
  4. Jurukimpal/ Guru Kimpalan/ 'Foreman' / Penyelia Kimpalan dengan sekurang-kurangnya lima (5) tahun pengalaman bekerja dalam industri minyak dan gas.

Pendaftaran bagi program ini telah ditutup.
Peringatan: Hanya calon yang layak sahaja akan dihubungi. Pengambilan seterusnya akan diumumkan kemudian.